Sunday, September 28, 2008

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL FiTrI


Dewan Pemuda PAS Kawasan Jempol, dengan penuh Takzim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh umat Islam di serata dunia. Tahniah dan semoga berjaya.. Tak lupa ucapan ini khas ditujukan kepada Perhubungan PAS Negeri, Dewan Ulama' Negeri, Dewan Muslimat Negeri, Dewan Pemuda Negeri, PAS kawasan-kawasan, teristimewa buat pimpinan PAS kawasan Jempol yang tak jemu-jemu melayani karenah kami.. dan juga tak lupa kepada pimpinan PKR dan DAP.. terima kasih kerana terus mempercayai kami.. Ampun dan maaf atas segalanya... 0-0 yo!!

nak jomput semuo eh ni k0 :
Majlis Eidul Fitri Pemuda PAS Kawasan Jempol
Tarikh : 11 Oktober 2008 / 11 Syawal 1429
Hari / Masa : Sabtu (11 am -1.00 pm)
Tempat : Muassasah Darul Syariff, Batu Kikir.

7 tahun abah tak pernah belikan baju raya, kasut baru untuk Suhaib....

Oleh Norlaila Othman

 Aku menuju ke peti surat dan mengambil dua keping kad Raya yang dihantar oleh suami yang masih 'disimpan' oleh Hamid Albar di Kem Kamunting. Satu untuk ku dan satu untuk Suhaib.
Jariku terlalu ingin untuk mengoyak dan membaca isinya tetapi segera disergah oleh Suhaib yang akan di hantar ke sekolah untuk program iktikaf dan mukhayyam.
"Ummi, kita baca kad dalam kereta saja lah, dah lewat ni..," kata-kata itu mematikan segala keinginan tersebut.
Aku memandu agak perlahan. Suhaib yang kelihatan agak ceria, memasang memasang radio dan sesekali tersenyum mendengar celoteh DJ bertugas.
"Bacalah kad yang abah kirim tu" kataku sambil menjeling padanya yang tersandar disebelah ku. Dia segera mencapai envelope putih bersaiz 4 x 8 inci itu mengoyakkan kulit dan mengeluarkan isinya. Sebuah kad raya yang manis warnanya, coklat dengan kombinasi keemasan.
Suhaib membaca seketika, tapi kemudian segera meletakkan kad itu di dalam laci dashboard.
Wajahnya tiba-tiba muram dan muncungnya kelihatan agak panjang.
"Kenapa ni? Apa yang abah tulis? Abah marah Suhaib ke" tanya ku bertalu-talu. Suhaib mendiamkan diri. Wajahnya dihalakan ke arah tingkap sebelah kiri.
Aku sudah masak benar dengan sikap orang bujang di sebelahku ini. Malas nak layan. Kami berdua sama-sama membatukan diri.
Perjalanan dari Keramat ke Gombak terasa begitu lama sekali. Tiba di laman sekolah, Suhaib segera menghulurkan tangan, bersalam dan mencium tanganku.
Aku ingin mencium pipinya tetapi cepat-cepat dia memalingkan wajahnya. Aku perasan hidung dan matanya merah sedikit.
Tanpa sepatah kata, terus saja dia membuka pintu kereta dan berjalan meninggalkan ku yang masih termangu-mangu.
Aku mencapai kad raya di laci kereta dan meneruskan perjalanan menghala ke Hulu Kelang. Aku cuba membaca kad Raya itu,tetapi tulisan yang agak halus itu menyukarkan aku memahami isi kandungannya.
Aku memberhentikan kereta di tepi jalan dan melihat kad itu semula.
"Suhaib, di Hari Raya ini, abah mohon jutaan maaf kerana sejak tujuh tahun yang lalu, abah tak pernah belikan baju Raya dan kasut baru untuk Suhaib. Abah juga terlalu ingin untuk membawa Suhaib ke kedai dan membeli barang-barang yang Suhaib suka.
"Abah juga minta maaf kerana tidak dapat membesarkan Suhaib dan memberi didikan yang baik sepertimana bapa orang lain. Abah terlalu rindu untuk bersama-sama Suhaib dan Umi dan menyambut Raya macam orang lain....."
Ohhhh! Inikah ucapan yang menyebabkan Suhaib muncung macam ikan todak. Aku pun terasa sayu juga membaca ucapan itu.Air mataku sendiri bergenang. Nasib baik aku sedang bersendirian di kereta.
Pada ketika itu, aku hanya mampu berdoa supaya kezaliman ISA segera di angkat dari keluarga kami...
http://abuamirahphg.blogspot.com/
 
Salam perjuangan dan salam jihad serta salam pengorbanan.
Mungkin puan Laila tidak mengenali diri ini.. namun air mata ini pernah tersekat-sekat melihat wajah-wajah tabah isteri-isteri tahanan ISA termasuklah beliau. Kunjungan saya ke salah sebuah rumah mereka, menginsafi diri.. merekalah pejuang yang sebenar.. yang sejati.. aku akui betapa kerdilnya diriku dalam perjuangan.. tak ingin ku berkobar-kobar sembang tentang perjuangan dan pengorbanan.. rasa takut menyelubungi diri.. apakah aku akan hadapi jua detik itu.. aku tak mahu berdabik dada.. aku hanya mampu pasrah.. InsyaAllah aku akan jadikan mereka (tahanan ISA da isteri) sebagai obor yang membakar semangat perjuangan hingga akhirnya..
Kepada isteri-isteri tahanan ISA.. tak perlu aku menasihatimu.. tak perlu aku membimbingmu.. yang mampu aku ucapkan ialah.. TAHNIAH!! ya ucapan TAHNIAHlah yang sewajarnya untuk mereka... tiada ucapan lain yang pantas untuk mereka..
Alhamdulillah sempena Majlis Berbuka Puasa anjuran Pemuda PAS Jempol baru-baru ini, kami sempat mengutip derma, banyak juga jumlahnya.. InsyaAllah akan kami ziarahi mereka.. namun apakan daya.. tak mampu untuk kami ziarahi kesemuanya.. Ya Allah berilah kekuatan kepada kami..
 
Ketua Pemuda PAS Jempol

Friday, September 26, 2008

NUJUM PAK BELALANG

Sebagaimana dicatatkan :
http://welovetokguru.blogspot.com
 
Soalan 1 :
Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kita mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PAS..??'
Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PAS..'
Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??'
Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PAS makin tinggi kedudukannya. ..

'Soalan 2
Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PAS..??
'Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PAS dan yang lari itulah UMNO..
Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??
'Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PAS hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!! !

Soalan 3
Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,Satu... baaaanyak-banyak! !... Dua... sedikit-sediiiiikit ....!!! Tiga... jarang-jarang! !!... Empat... kad-dang, kad-dang,Apa itu..???
'Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'
Tukang Soal : 'Buktikan..! !'
'Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...Dua... Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara daribilangan ahli UMNO yang banyak itu...Tiga... Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar danlihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...

Soalan 4
Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???
'Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya.. .
Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya. .???
'Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya! !
Tukang Soal : 'Buktikan!!
'Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya. .. Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...''Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan. . Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim ........ ,

Soalan Extra Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana... !!! Apakah yang ada di genggaman beta...????
'Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..'

KAH..KAH..KAH...LU FIKIR LA SENDIRI .......... ( nabil cakap )

Hak Asasi Manusia Di Dalam Islam. siri 4

5. HAK KEADILAN DAN PERBICARAAN YANG ADIL
Akta Kesatuan Eropah untuk memelihara hak asasi maknusia :
- ( Fasal 6.1 ) : Setiap orang yang dihalang hak kebebasannya atau dituduh melakukan jenayah berhak mengangkat kes ke mahkamah secara terbuka dalam tempoh yang munasabah bertepatan dengan undang-undang dan dikeluarkan keputusan hukuman secara terbuka.
- Dibolehkan menghalang wartawan dan orang ramai daripada menghadiri semua peringkat perbicaraan atau sebahagian daripadanya tertakluk kepada peraturan umum dan adab-adab atau keselamatan dalam masyarakat demokrasi atau ketika terpaksa meraikan kepentingan kanak-kanak atau memelihara nyawa seseorang.
- Begitu juga apabila mahkamah melihat perkara itu mesti lakukan kerana keadaan2 tertentu seperti jika dibuat secara terbuka akan menjejaskan keadilan.
- ( Fasal 6.2 ) L Setiap individu yang dituduh melakukan jenayah tidak dikira bersalah sehinggalah sabit kesalahannya menurut undang-undang.
- ( Fasal 6.3 ) : Setiap individu yang dituduh melakukan jenayah, berhak untuk mendapat keistimewaan seperti berikut:
- Memberi penjelasan kepadanya atas tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan sebabnya (Dengan bahasa yang difahami dan jelas).
- Memberi waktu dan kemudahan yang cukup dan munasabah untuk persiapan membela diri.
- Mengemukakan pembelaan melalui dirinya sendiri atau dengan pertolongan peguam yang dipilih, tetapi apabila beliau tidak memiliki kemudahan untuk membayar urusan guaman berkenaan, mestilah diuruskan secara percuma apabila keadilan boleh ditegakkan dengan cara ini.
- Mengemukakan soalan-soalan kepada saksi-saksi yang menyabitkan kesalahannya dan dia boleh membawa saksi-saksi yang menafikan kesalahannya, kemudian mengemukakan soalan-soalan kepada saksi-saksi berkenaan dengan cara yang digunakan sebagaimana saksi-saksi yang mensabitkan kesalahannya.
- Menyediakan penterjemah secara percuma apabila tertuduh tidak memahami atau dia tidak mampu untuk bercakap bahasa yang digunakan di mahkamah.
- ( Fasal 7.1) : Tidak boleh memandang hina kepada seseorang disebabkan dia melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu yang tidak dikira pada masa itu sebagai melakukan jenayah di sisi undang-undang negara atau undang-undang antarabangsa dan tidak dibenarkan menjatuhkan hukuman yang lebih berat daripada hukuman pada masa jenayah dilakukan.
- ( Fasal 7.2 ) :  Tidak dibenarkan mengurangkan perkara ini melalui perbicaraan atau menghukum seseorang dengan sebab dia melakukan atau meninggalkan sesuatu yang dikira sebagai jenayah  disisi dasar umum undang-undang.

Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia dalam Islam
- ( Fasal 4) :
a. Adalah menjadi hak kepada setiap orang untuk dibicarakan dengan syariat, dan tidak dibenarkan seseorang  diadili melainkan dengan syariat .
Firman Allah S.W.T :bermaksudnya,
Dan jika kamu bertelagah pada sesuatu perkara maka hendaklah kembali kepada Allah dan Rasul ( An Nisa' : 59 ).
b. Adalah menjadi hak dan kewajipan kepada seseorang untuk mempertahankan dirinya apabila dizalimi, dan menjadi kewajipan juga untuk mempertahankan diri orang lain dengan apa yang dia miliki dan menjadi hak kepada setiap orang untuk berlindung di bawah kuasa syariat supaya menjaga dan menghalang daripada kemudaratan dan kezaliman dan menjadi kewajipan kepada hakim Muslim menegakkan kuasa ini dengan meminta ganti rugi dan membebaskannya.
c.  Adalah menjadi hak dan kewajipan seseorang untuk membela hak seseorang atau hak kumpulan.
d. Tidak dibenarkan menggunakan hak orang lain untuk membela dirinya di bawah mana-mana peruntukan.
e. Tidak boleh sama sekali seseorang mewajibkan seorang muslim supaya mentaati suruhannya yang jelas bercanggah dengan syariat.dan wajib kepada setiap orang Islam berkata "tidak" dalam perkara maksiat walau apa pun arahan.
- ( Fasal 5) :
a. Bebas daripada melakukan sesuatu adalah perkara asal. Ia akan berterusan walaupun seseorang itu dituduh sehingga sabit kesalahan di hadapan mahkamah yang adil.
b. Tidak boleh menghukum seseorang itu bersalah dan tidak boleh menghukumnya melainkan setelah sabit kesalahannya dengan bukti-bukti yang tidak boleh ditarik balik di hadapan mahkamah yang mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman sepenuhnya setelah diberi peluang yang cukup untuk membela diri.
c. Tidak boleh sama sekali melampaui hukuman yang telah ditentukan oleh syariat pada sesuatu kesalahan dan mesti melihat kepada keadaan ketika kesalahan itu dilakukan.
d. Tidak dibenarkan mempersalahkan seseorang melainkan dengan nas syarak.
e. Setiap individu tidak boleh dipersalahkan dengan kesalahan orang lain. Setiap orang bertanggungjawab di atas perbuatan mereka dan tidak boleh mengaitkan orang lain dalam sesuatu masalah seperti anak-anak, kaum kerabat, kawan atau pengikut.
Sekali lagi boleh kita ringlaskan bahawa akta memelihara hak asasi manusia Kesatuaan Eropah ( fasal 6 dan 7) dalam masalah yang berkaitan perbicaraan yang adil dan menegakkan keadilan bertepatan dengan dasar-dasar Syariat Islam. ( fasal 1 bab 4 - kaedah-kaedah mentafsir nas).
6. HAK KEISTIMEWAAN PERIBADI DAN KEMULIAAN
Akta Kesatuan Eropah untuk memelihara hak asasi maknusia :
- ( Perkara 8.1 ) : Setiap orang berhak untuk dihormati dirinya, keluarganya, tempat tinggal dan perhubungannya.
- ( Perkara 8.2 ) : Pihak berkuasa ( kerajaan ) tidak dibenarkan menggunakan hak ini melainkan bertepatan dengan undang-undang atau kerana terpaksa dalam masyarakat demokrasi untuk keamanan kaum dan keselamatan orang ramai atau kepentingan ekonomi masyarakat atau menjaga peraturan dan menghalang jenayah atau memelihara kesihatan umum dan kebudayaan atau memelihara hak-hak orang lain dan kebebasannya
 
Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia dalam Islam :
- ( Fasal 22 ) : Rahsia manusia hanya diketahui oleh penciptanya sahaja.  Dan keistimewaan khasnya dipelihara serta tidak dibenarkan menghalangnya.
 Jelaslah bahawa kedua-dua enakmen ini memainkan peranan yang besar dalam masalah keistimewaan dalam kehidupan seseorang, berdasarkan kepada inilah kedua-dua enakmen ini menetapkan cara-cara tertentu untuk memelihara hak ini.

Thursday, September 25, 2008

FALSAFAH PISANG

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci..!!

Lawak namo Jopun

Oleh Raktamrittika

"Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir POLITIK, REFORMASI dan lapar dahaga sahaja, apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu - KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI
14. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI
15. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

Berikut adalah hasil ilham saudara MUSAFIR KELANA (sahabat setia):

16. Yang suka tidur - ASHIKO MEMBUTO
17. Yang suka cari pasal -KAKIYO GADUHO
18. Yang suka mengumpat - YASUKO MENGATO
19. Yang suka senyum sinis kat orang -SEIYUMO BAUKAMBINO"

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Agama Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'
Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'
'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'
'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'
'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).' (Al-Isra': 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.' (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.' (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..' (Al-Anbiya':69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'
Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'
Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '
Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .**
NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.
Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.
Wallahua'lam
semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar!!!! ittaqullah!!!!! 
 

Karya Sensasi... Feqh Wanita Moden, Soal Jawab Haidh, Nifas, Istihadhah dan Mutahayyirah

  

Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT dengan hidayah petunjukNya dapatlah kita menatap buku kecil yang bertajuk 'Fiqh Wanita : Soaljawab Haidh, Istihadhah dan Nifas". Setelah diajukan pelbagai persoalan yang berkaitan dengan permasalahn fiqh wanita ketika menyampaikan kuliah, maka kami rasa terpanggil untuk menghasilkan buku yang membicarakan secara khusus dalam permasalahan wanita ini. Buku ini kami susun banyak merujuk kepada buku karangan As Syeikh Nuruddin Al Makki yang bertajuk  الإحاطة بأهم مسائل الحيض والنفاس و الاستحاضة Kemudian kami mencuba mengolah kembali di dalam bentuk soal jawab disamping membuat beberapa penambahan yang dirasakan perlu. Kami juga menumpukan jawapan setiap persoalan dengan mengemukakan panda-pat ulama'-ulama' mazhab Imam Syafei. Hal ini kerana mazhab as Syafei merupakan amalan masyarakat Islam di Malaysia. Disamping itu juga kami menukilkan juga pendapat ulama'-ulama' mazhab yang lain dengan tujuan agar para pembaca dapat mengetahui pandangan-pandangan mereka. Adalah diharapkan buku ini akan menjadi rujukan dan panduan kepada setiap Muslimah di dalam menguruskan amalan yang difardhukan kepada mereka.
Di kesempatan ini, kami mengucapkan jutaan terima-kasih kepada Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang sudi memberikan sokongan. Juga kepada Al Fadhil Ustaz Zaidi Ramli, Ustaz Syuhadak Mahmud yang sudi menyemak. Juga kepada Abang Zamzam dan Tuan Hj. Kamarudin yang sudi membantu menjayakan penerbitan buku ini. Kepada Allah SWT jua diserahkan agar menjadikan amalan yang kecil ini sebagai satu amalan yang soleh dan boleh membela nasib kita di alam akhirat nanti. Wassalam.
Usrah Thaqafi: Ustaz Mohd. Khairi Bin Zainuddin, Ustaz Abdul Hadi Bin Mohd. Isa, Ustaz Mohd. Nazri Bin Zainuddin, Ustaz Mohd. Fuad Bin Mohd. Isa

Harga RM 12.00 sahaja
kos penghantaran : akan dimaklumkan kemudian
Sila hubungi : 013 6826611 (amir) 017 2539349 (mus)

Hak Asasi Manusia Di Dalam Islam. siri 3

3. KEBEBASAN DARIPADA DIPAKSA  DAN DIPERHAMBAKAN
Akta memelihara hak asasi manusia  Kesatuan Eropah ( fasal 4 ):
- Tidak dibenarkan memaksa atau memperhambakan seseorang .
- Tidak dibenarkan meminta seseorang melakukan kerja secara yang dipaksa atau tidak dibayar upah.
- Terkeluar daripada istilah "paksa dan tidak dibayar upah" dalam melaksanakan perkara ini ialah seperti berikut:
- Setiap pekerjaan yang diminta melakukannya dalam keadaan biasa semasa dipenjara bertepatan dengan (fasal 5) akta ini. Atau ketika dibebaskan dengan syarat dilaksanakan hanya ke atas banduan. 
- Setiap khidmat yang berbentuk ketenteraan ataupun khidmat yang menggantikan khidmat ketenteraan kepada sesiapa yang tidak mahu berperang tertakluk kepada negara-negara yang membolehkan melakukan demikian.
- Setiap khidmat yang diminta ketika darurat atau ketika bencana yang mengancam nyawa masyarakat atau harta mereka.
- Setiap khidmat yang dikira sebagai perkara mesti dan menjadi kelaziman kepada sesebuah masyarakat.

Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia Dalam Islam :
- ( Fasal 2.1) : Menyatakan kebebasan manusia adalah suci sebagaimana nyawanya. Ia adalah sifat semulajadi semenjak dilahirkan. Ia juga berterusan dan tidak ada seorang pun boleh mencerobohinya. Adalah menjadi kewajipan untuk menjamin sepenuhnya kebebasan setiap individu. Ia sama sekali tidak boleh dikaitkan atau dihadkan melainkan dengan kuasa syariat atau dengan cara yang dibenarkan oleh syariat.(lihat perkara 2 daripada tambahan 3 perbahasan ini)
- ( Fasal 2.2 ) : Setiap individu masyarakat mempunyai keistimewaan kebebasan secara mutlak dalam semua keadaan, tubuh badan, kebudayaan, ekonomi dan politik. Setiap individu mempunyai hak untuk mengkritik dengan cara yang dibenarkan tentang kerugian atau pencerobohan hak kebebasan mereka. Maka setiap individu atau orang lain boleh memperjuangkan hak kebebasan yang telah dirampas. Perkara ini dijelaskan lagi oleh dasar perkongsian hidup berkeluarga.
- ( Fasal 3.1 ) : Semua manusia adalah sama pada pandangan syariat. Syariat tidak membezakan seseorang dalam melaksanakan hukuman atau memelihara hak asasi mereka.
- ( Fasal  3.2 ) : Tidak boleh membezakan upah apabila kerja yang dilakukan adalah sama.
- ( Fasal  3.3 ) : Manusia pada nilaiannya adalah sama, tidak dibenarkan meletakkan seseorang di dalam keadaan bahaya lebih daripada bahaya yang dihadapi oleh orang lain dengan sebab perbezaan agama, kaum, keturunan, warna kulit atau bahasa.
- ( Fasal  17 ) : Islam memuliakan pekerjaan dan memelihara hak-hak pekerja, sepertimana Islam bukan sahaja menyuruh supaya diberi gaji yang setimpal dengan kerja yang dilakukan tanpa dizalimi atau melambatkan bayarannya. Bahkan Islam juga menyuruh supaya menyempurnakan serahan gaji dengan baik dan mulia. Begitu juga Islam bukan sahaja menyuruh supaya membayar gaji dengan segera malah Islam menjaga hak-hak pekerja bekenaan dengan memberi kerehatan dan kemudahan.

4. HAK KEBEBASAN
Kesatuan Eropah di dalam memelihara hak asasi manusia :
- ( Fasal 5.1) : Setiap orang mempunyai hak kebebasan dan keamanan bagi dirinya. Mana-mana pihak tidak dibenarkan menghalang kebebasan seseorang melainkan pada keadaan yang bertepatan dengan undang-undang yang telah dihadkan seperti berikut :
- Memenjarakan seseorang setelah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.
- Menangkap seseorang atau memenjara seseorang kerana melanggar ketetapan yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk melaksanakan mana-mana ketetapan yang tertentu dalam undang-undang.
- Menangkap atau mengurung seseorang menurut undang-undang dengan tujuan untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa, berdasarkan kepada jenayah yang telah dilakukannya atau terpaksa mengurungnya untuk menghalangnya daripada melakukan jenayah ataupun melarikan diri setelah melakukan jenayah.
- Menghalang seseorang menurut undang-undang dengan tujuan untuk mendidiknya  atau menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
- Menghalang seseorang menurut undang-undang untuk mencegah tersebarnya penyakit, seorang yang kurang siuman, mabuk kerana meminum arak atau menghisap dadah serta seorang penjenayah.
- Menangkap atau menahan seseorang untuk menegahnya daripada memasuki sempadan negara tanpa kebenaran atau seseorang yang sememangnya telah diputuskan menghalang atau menyerahkannya.
- ( Fasal 5.2 ) : Setiap individu yang ditangkap dianggap merbahaya, kerana sebab-sebab tertentu dia ditangkap atau ada tuduhan terhadapnya.
- ( Fasal 5.3 ) : Seseorang yang ditangkap atau ditahan menurut ( fasal  5.1.c) hendaklah dibawa terus kepada hakim atau pegawai yang berkenaan dan ditetapkan tarikh perbicaraan dalam tempoh yang munasabah atau dibebaskan tetapi dengan syarat dapat menjamin dirinya hadir semasa perbicaraan.
- ( Fasal 5.4 ) : Sesiapa yang disekat kebebasannya kerana ditangkap atau ditahan, dibenarkan membuat urusan secepat mungkin untuk memastikan kenapa dia ditangkap atau ditahan di bawah pengetahuan mahkamah, dia akan dibebaskan jika penahanannya itu tidak bertepatan dengan undang-undang.
- ( Fasal 5.5 ) : Setiap individu yang menjadi mangsa tangkapan atau tahanan yang bercanggah dengan perkara ini boleh meminta ganti rugi.

Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia dalam Islam  :
( Sila rujuk nas-nas dalam tajuk kebebasan daripada dipaksa atau diperhambakan )
Boleh dikatakan secara ringkas bahawa hukum-hukum (Fasal 5) akta hak asasi manusia Kesatuan Eropah bertepatan dengan fahaman umum hak kebebasan seseorang  yang menjadi asas kepada Syariat Islam. Kita telah membincangkan tajuk berkaitan dengan perkara ini dalam (fasal 2 bab 3, fasal 5 bab 3).

Wednesday, September 24, 2008