Friday, September 26, 2008

Hak Asasi Manusia Di Dalam Islam. siri 4

5. HAK KEADILAN DAN PERBICARAAN YANG ADIL
Akta Kesatuan Eropah untuk memelihara hak asasi maknusia :
- ( Fasal 6.1 ) : Setiap orang yang dihalang hak kebebasannya atau dituduh melakukan jenayah berhak mengangkat kes ke mahkamah secara terbuka dalam tempoh yang munasabah bertepatan dengan undang-undang dan dikeluarkan keputusan hukuman secara terbuka.
- Dibolehkan menghalang wartawan dan orang ramai daripada menghadiri semua peringkat perbicaraan atau sebahagian daripadanya tertakluk kepada peraturan umum dan adab-adab atau keselamatan dalam masyarakat demokrasi atau ketika terpaksa meraikan kepentingan kanak-kanak atau memelihara nyawa seseorang.
- Begitu juga apabila mahkamah melihat perkara itu mesti lakukan kerana keadaan2 tertentu seperti jika dibuat secara terbuka akan menjejaskan keadilan.
- ( Fasal 6.2 ) L Setiap individu yang dituduh melakukan jenayah tidak dikira bersalah sehinggalah sabit kesalahannya menurut undang-undang.
- ( Fasal 6.3 ) : Setiap individu yang dituduh melakukan jenayah, berhak untuk mendapat keistimewaan seperti berikut:
- Memberi penjelasan kepadanya atas tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan sebabnya (Dengan bahasa yang difahami dan jelas).
- Memberi waktu dan kemudahan yang cukup dan munasabah untuk persiapan membela diri.
- Mengemukakan pembelaan melalui dirinya sendiri atau dengan pertolongan peguam yang dipilih, tetapi apabila beliau tidak memiliki kemudahan untuk membayar urusan guaman berkenaan, mestilah diuruskan secara percuma apabila keadilan boleh ditegakkan dengan cara ini.
- Mengemukakan soalan-soalan kepada saksi-saksi yang menyabitkan kesalahannya dan dia boleh membawa saksi-saksi yang menafikan kesalahannya, kemudian mengemukakan soalan-soalan kepada saksi-saksi berkenaan dengan cara yang digunakan sebagaimana saksi-saksi yang mensabitkan kesalahannya.
- Menyediakan penterjemah secara percuma apabila tertuduh tidak memahami atau dia tidak mampu untuk bercakap bahasa yang digunakan di mahkamah.
- ( Fasal 7.1) : Tidak boleh memandang hina kepada seseorang disebabkan dia melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu yang tidak dikira pada masa itu sebagai melakukan jenayah di sisi undang-undang negara atau undang-undang antarabangsa dan tidak dibenarkan menjatuhkan hukuman yang lebih berat daripada hukuman pada masa jenayah dilakukan.
- ( Fasal 7.2 ) :  Tidak dibenarkan mengurangkan perkara ini melalui perbicaraan atau menghukum seseorang dengan sebab dia melakukan atau meninggalkan sesuatu yang dikira sebagai jenayah  disisi dasar umum undang-undang.

Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia dalam Islam
- ( Fasal 4) :
a. Adalah menjadi hak kepada setiap orang untuk dibicarakan dengan syariat, dan tidak dibenarkan seseorang  diadili melainkan dengan syariat .
Firman Allah S.W.T :bermaksudnya,
Dan jika kamu bertelagah pada sesuatu perkara maka hendaklah kembali kepada Allah dan Rasul ( An Nisa' : 59 ).
b. Adalah menjadi hak dan kewajipan kepada seseorang untuk mempertahankan dirinya apabila dizalimi, dan menjadi kewajipan juga untuk mempertahankan diri orang lain dengan apa yang dia miliki dan menjadi hak kepada setiap orang untuk berlindung di bawah kuasa syariat supaya menjaga dan menghalang daripada kemudaratan dan kezaliman dan menjadi kewajipan kepada hakim Muslim menegakkan kuasa ini dengan meminta ganti rugi dan membebaskannya.
c.  Adalah menjadi hak dan kewajipan seseorang untuk membela hak seseorang atau hak kumpulan.
d. Tidak dibenarkan menggunakan hak orang lain untuk membela dirinya di bawah mana-mana peruntukan.
e. Tidak boleh sama sekali seseorang mewajibkan seorang muslim supaya mentaati suruhannya yang jelas bercanggah dengan syariat.dan wajib kepada setiap orang Islam berkata "tidak" dalam perkara maksiat walau apa pun arahan.
- ( Fasal 5) :
a. Bebas daripada melakukan sesuatu adalah perkara asal. Ia akan berterusan walaupun seseorang itu dituduh sehingga sabit kesalahan di hadapan mahkamah yang adil.
b. Tidak boleh menghukum seseorang itu bersalah dan tidak boleh menghukumnya melainkan setelah sabit kesalahannya dengan bukti-bukti yang tidak boleh ditarik balik di hadapan mahkamah yang mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman sepenuhnya setelah diberi peluang yang cukup untuk membela diri.
c. Tidak boleh sama sekali melampaui hukuman yang telah ditentukan oleh syariat pada sesuatu kesalahan dan mesti melihat kepada keadaan ketika kesalahan itu dilakukan.
d. Tidak dibenarkan mempersalahkan seseorang melainkan dengan nas syarak.
e. Setiap individu tidak boleh dipersalahkan dengan kesalahan orang lain. Setiap orang bertanggungjawab di atas perbuatan mereka dan tidak boleh mengaitkan orang lain dalam sesuatu masalah seperti anak-anak, kaum kerabat, kawan atau pengikut.
Sekali lagi boleh kita ringlaskan bahawa akta memelihara hak asasi manusia Kesatuaan Eropah ( fasal 6 dan 7) dalam masalah yang berkaitan perbicaraan yang adil dan menegakkan keadilan bertepatan dengan dasar-dasar Syariat Islam. ( fasal 1 bab 4 - kaedah-kaedah mentafsir nas).
6. HAK KEISTIMEWAAN PERIBADI DAN KEMULIAAN
Akta Kesatuan Eropah untuk memelihara hak asasi maknusia :
- ( Perkara 8.1 ) : Setiap orang berhak untuk dihormati dirinya, keluarganya, tempat tinggal dan perhubungannya.
- ( Perkara 8.2 ) : Pihak berkuasa ( kerajaan ) tidak dibenarkan menggunakan hak ini melainkan bertepatan dengan undang-undang atau kerana terpaksa dalam masyarakat demokrasi untuk keamanan kaum dan keselamatan orang ramai atau kepentingan ekonomi masyarakat atau menjaga peraturan dan menghalang jenayah atau memelihara kesihatan umum dan kebudayaan atau memelihara hak-hak orang lain dan kebebasannya
 
Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia dalam Islam :
- ( Fasal 22 ) : Rahsia manusia hanya diketahui oleh penciptanya sahaja.  Dan keistimewaan khasnya dipelihara serta tidak dibenarkan menghalangnya.
 Jelaslah bahawa kedua-dua enakmen ini memainkan peranan yang besar dalam masalah keistimewaan dalam kehidupan seseorang, berdasarkan kepada inilah kedua-dua enakmen ini menetapkan cara-cara tertentu untuk memelihara hak ini.

No comments: