Thursday, September 25, 2008

Hak Asasi Manusia Di Dalam Islam. siri 3

3. KEBEBASAN DARIPADA DIPAKSA  DAN DIPERHAMBAKAN
Akta memelihara hak asasi manusia  Kesatuan Eropah ( fasal 4 ):
- Tidak dibenarkan memaksa atau memperhambakan seseorang .
- Tidak dibenarkan meminta seseorang melakukan kerja secara yang dipaksa atau tidak dibayar upah.
- Terkeluar daripada istilah "paksa dan tidak dibayar upah" dalam melaksanakan perkara ini ialah seperti berikut:
- Setiap pekerjaan yang diminta melakukannya dalam keadaan biasa semasa dipenjara bertepatan dengan (fasal 5) akta ini. Atau ketika dibebaskan dengan syarat dilaksanakan hanya ke atas banduan. 
- Setiap khidmat yang berbentuk ketenteraan ataupun khidmat yang menggantikan khidmat ketenteraan kepada sesiapa yang tidak mahu berperang tertakluk kepada negara-negara yang membolehkan melakukan demikian.
- Setiap khidmat yang diminta ketika darurat atau ketika bencana yang mengancam nyawa masyarakat atau harta mereka.
- Setiap khidmat yang dikira sebagai perkara mesti dan menjadi kelaziman kepada sesebuah masyarakat.

Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia Dalam Islam :
- ( Fasal 2.1) : Menyatakan kebebasan manusia adalah suci sebagaimana nyawanya. Ia adalah sifat semulajadi semenjak dilahirkan. Ia juga berterusan dan tidak ada seorang pun boleh mencerobohinya. Adalah menjadi kewajipan untuk menjamin sepenuhnya kebebasan setiap individu. Ia sama sekali tidak boleh dikaitkan atau dihadkan melainkan dengan kuasa syariat atau dengan cara yang dibenarkan oleh syariat.(lihat perkara 2 daripada tambahan 3 perbahasan ini)
- ( Fasal 2.2 ) : Setiap individu masyarakat mempunyai keistimewaan kebebasan secara mutlak dalam semua keadaan, tubuh badan, kebudayaan, ekonomi dan politik. Setiap individu mempunyai hak untuk mengkritik dengan cara yang dibenarkan tentang kerugian atau pencerobohan hak kebebasan mereka. Maka setiap individu atau orang lain boleh memperjuangkan hak kebebasan yang telah dirampas. Perkara ini dijelaskan lagi oleh dasar perkongsian hidup berkeluarga.
- ( Fasal 3.1 ) : Semua manusia adalah sama pada pandangan syariat. Syariat tidak membezakan seseorang dalam melaksanakan hukuman atau memelihara hak asasi mereka.
- ( Fasal  3.2 ) : Tidak boleh membezakan upah apabila kerja yang dilakukan adalah sama.
- ( Fasal  3.3 ) : Manusia pada nilaiannya adalah sama, tidak dibenarkan meletakkan seseorang di dalam keadaan bahaya lebih daripada bahaya yang dihadapi oleh orang lain dengan sebab perbezaan agama, kaum, keturunan, warna kulit atau bahasa.
- ( Fasal  17 ) : Islam memuliakan pekerjaan dan memelihara hak-hak pekerja, sepertimana Islam bukan sahaja menyuruh supaya diberi gaji yang setimpal dengan kerja yang dilakukan tanpa dizalimi atau melambatkan bayarannya. Bahkan Islam juga menyuruh supaya menyempurnakan serahan gaji dengan baik dan mulia. Begitu juga Islam bukan sahaja menyuruh supaya membayar gaji dengan segera malah Islam menjaga hak-hak pekerja bekenaan dengan memberi kerehatan dan kemudahan.

4. HAK KEBEBASAN
Kesatuan Eropah di dalam memelihara hak asasi manusia :
- ( Fasal 5.1) : Setiap orang mempunyai hak kebebasan dan keamanan bagi dirinya. Mana-mana pihak tidak dibenarkan menghalang kebebasan seseorang melainkan pada keadaan yang bertepatan dengan undang-undang yang telah dihadkan seperti berikut :
- Memenjarakan seseorang setelah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.
- Menangkap seseorang atau memenjara seseorang kerana melanggar ketetapan yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk melaksanakan mana-mana ketetapan yang tertentu dalam undang-undang.
- Menangkap atau mengurung seseorang menurut undang-undang dengan tujuan untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa, berdasarkan kepada jenayah yang telah dilakukannya atau terpaksa mengurungnya untuk menghalangnya daripada melakukan jenayah ataupun melarikan diri setelah melakukan jenayah.
- Menghalang seseorang menurut undang-undang dengan tujuan untuk mendidiknya  atau menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
- Menghalang seseorang menurut undang-undang untuk mencegah tersebarnya penyakit, seorang yang kurang siuman, mabuk kerana meminum arak atau menghisap dadah serta seorang penjenayah.
- Menangkap atau menahan seseorang untuk menegahnya daripada memasuki sempadan negara tanpa kebenaran atau seseorang yang sememangnya telah diputuskan menghalang atau menyerahkannya.
- ( Fasal 5.2 ) : Setiap individu yang ditangkap dianggap merbahaya, kerana sebab-sebab tertentu dia ditangkap atau ada tuduhan terhadapnya.
- ( Fasal 5.3 ) : Seseorang yang ditangkap atau ditahan menurut ( fasal  5.1.c) hendaklah dibawa terus kepada hakim atau pegawai yang berkenaan dan ditetapkan tarikh perbicaraan dalam tempoh yang munasabah atau dibebaskan tetapi dengan syarat dapat menjamin dirinya hadir semasa perbicaraan.
- ( Fasal 5.4 ) : Sesiapa yang disekat kebebasannya kerana ditangkap atau ditahan, dibenarkan membuat urusan secepat mungkin untuk memastikan kenapa dia ditangkap atau ditahan di bawah pengetahuan mahkamah, dia akan dibebaskan jika penahanannya itu tidak bertepatan dengan undang-undang.
- ( Fasal 5.5 ) : Setiap individu yang menjadi mangsa tangkapan atau tahanan yang bercanggah dengan perkara ini boleh meminta ganti rugi.

Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia dalam Islam  :
( Sila rujuk nas-nas dalam tajuk kebebasan daripada dipaksa atau diperhambakan )
Boleh dikatakan secara ringkas bahawa hukum-hukum (Fasal 5) akta hak asasi manusia Kesatuan Eropah bertepatan dengan fahaman umum hak kebebasan seseorang  yang menjadi asas kepada Syariat Islam. Kita telah membincangkan tajuk berkaitan dengan perkara ini dalam (fasal 2 bab 3, fasal 5 bab 3).

No comments: