Wednesday, September 24, 2008

teori tsunami kepimpinan dunia

Tazkirah Ramadhan

Perjuangan yang ampuh adalah perjuangan yang di redhoi Allah... Sipejuang mesti punya kasih yang murni daripada Allah dan Rasulullah SAW. Kejayaan yang diraih oleh orang yang terdahulu mesti dijadikan contoh oleh mujahid era baru. Kisah Solahuddin Al-Ayubi ketika berkhemah di suatu tempat dalam sesi menebus maruah islam untuk menawan semula kota Palestin, apabila melihat khemah-khemah bala tenteranya beliau berkata.. 'Lihatlah khemah yang bercahaya itu, disitulah datangnya kemenangan..Nun di sana khemah yang gelap gelita, disitulah datangnya kekalahan..' Khemah yang bercahaya itu adalah tanda mereka yang memohonkasih sayang tuhannya dengan bertahajud. Manakala yang gelap gelita itulah tanda gelapnya warna-warna kemenangan bagi umat islam. Ramadhan yang berbaki ini tunjukkanlah diri mu adalah pejuang yang sejati.. Bukan mengharapkan kemenangan duniawi sahaja, tapi yang lebih penting kemenangan yang abadi.. itulah kemenangan ukhrawi.. Bertahajjudlah sahabat ku... Raihlah kasih sayang tuhan mu..
Ustaz Abd Hadi Haji Mohd Isa
Lajnah Tarbiyah DPPKJempol

Hak Asasi Manusia Dalam Islam. siri 2

PERBANDINGAN ANTARA PERUNDANGAN ISLAM DENGAN KESATUAN EROPAH TERHADAP HAK ASASI MANUSIA
Akta memelihara hak asasi manusia Kesatuan Eropah adalah satu perjanjian yang telah digubal dan diwartakan oleh negara anggota Kesatuan Eropah untuk dilaksanakan.Setengah intelektual Eropah berpendapat akta ini adalah salah satu perjanjian penting dalam Kesatuan Eropah. Ini kerana akta ini mempunyai kekuatan perlaksanaan tersendiri yang mesti dilaksanakan.
(Fasal 19) : Akta memelihara hak asasi manusia, Kesatuan Eropah menyatakan beberapa cara yang praktikal semestinya dilaksanakan seperti menubuhkan mahkamah hak asasi maknusia di Eropah. Akta ini mempunyai kuasa untuk menggunakan seluruh jentera kerajaan  bagi tujuan perlaksanaan.
Kajian perbandingan sebahagian daripada Akta memelihara hak asasi manusia Kesatuan Eropah dan Syariah Islamiah dibuat kerana kedua-duanya mempunyai peraturan hak asasi manusia yang digunapakai oleh beberapa bahagian penduduk dunia. Atas dasar inilah kajian perbandingan ini dibuat.

1. HAK-HAK  NYAWA
Akta  memelihara hak asasi manusia Kesatuan Eropah ( fasal 2 ):
- Nyawa seseorang dipelihara oleh undang-undang dan tidak boleh sama sekali membunuh seseorang secara sengaja melainkan dengan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah setelah sabit kesalahan menurut undang-undang.
- Tidak dikira seseorang itu menyalahi (fasal 2) apabila pembunuhan berlaku disebabkan  kekerasan.
- Untuk mempertahankan diri seseorang daripada kekerasan yang tidak mengikut undang-undang.
- Untuk menangkap seseorang demi melaksanakan undang-undang atau untuk menyekat seseorang daripada melarikan diri.
- Untuk menggunakan undang-undang yang dibenarkan demi menghalang fitnah atau menyalahi kuasa undang-undang.
Pengisytiharan Antarabangsa HaK Asasi Manusia Dalam Islam
(1) a. Nyawa seseorang adalah suci. Tidak harus memusuhi seseorang dengan apa cara sekali pun. Kesucian seseorang tidak boleh dihapuskan melainkan dengan kuasa syarak atau mana-mana kaedah yang dibenarkan oleh syarak.
b. Rohani dan jasmani manusia dipelihara  oleh syara' semasa hayatnya ataupun selepas mati. Antara hak seseorang selepas mati ialah menguruskan mayatnya dengan baik dan lemah-lembut, wajib menutup auratnya dan keaibannya.

2. HAK MEMELIHARA MANUSIA DARIPADA DISEKSA
Akta memelihara Hak Asasi Manusia Kesatuan Eropah :
- (Fasal 3) : Tidak dibenarkan sama sekali menundukkan seseorang untuk diseksa dan melayaninya dengan keji atau hukuman yang menjatuhkan maruah.
Kenyataan Antarabangsa Hak Asasi Manusia Dalam Islam.
-(Fasal 6) : Setiap orang berhak untuk memelihara dirinya daripada dizalimi. Pihak berkuasa tidak dibenarkan meminta seseorang supaya menghalusi pekerjaannya atau sesuatu keadaannya, sedangkan tidak ada sebarang tuduhan terhadapnya, melainkan terdapat bukti yang jelas menunjukkan keterlibatannya dalam sesuatu perkara yang dituduh.
- (Fasal 7, ceraian 1) : Tidak dibenarkan menyeksa seseorang melebihi  tuduhannya, sebagaimana tidak dibenarkan memaksa seseorang supaya mengaku melakukan jenayah yang tidak dilakukan, dan setiap pekara yang diperolehi melalui paksaan adalah terbatal.
- (Fasal 7, ceraian 2) : Walau sebesar mana jenayah seseorang dan apa pun hukuman yang ditentukan oleh Syariat Islam, tetapi kemaknusiaannya dan kemuliaannya tetap dipelihara.
- (Fasal 8) : Maruah dan harga diri seseorang adalah suci, ia tidak boleh dicerobohi sama sekali dan haram mengintip keaiban seseorang atau cubaan mengintip gerak gerinya untuk mengetahui sikap dan kelakuannya.
bersambung.....

Tuesday, September 23, 2008

Program terkini..

23 Ramadhan 1429 : Majlis Ziarah Exco DPPNS dan Berbuka Puasa DPPKTK dan Unit Amal Telok Kemang, jam 6.30 pm di Masjid Lama Telok Kemang, Tetamu YB Mohd Taufek, Ketua Pemuda DPPNS merangkap Adun Paroi. sila hubungi : 019 2269001 (Ust Fakhrulrazi)
23 Ramadhan 1429 : Majlis Berbuka Puasa PAS Tampin, di Markaz Tampin. istimewa bersama Ust Ridhuan Mohd Noor, AJK Pemuda PAS Pusat. sila hubungi : 0136319872
25 Ramadhan 1429 : Majlis penyampaian sumbangan ramadhan kepada masyarakat Islam orang Asli Sungai Sampo, Jempol. Untuk sumbangan ikhlas sila hubungi : 0199619876 (Ustaz Wan Azhar), anjuran Muslim Care Malaysia. sumbangan anda amat diperlukan untuk 32 buah keluarga orang asli muslim.
26 Ramadhan 1429 : Majlis Ziarah Exco DPPNS dan Berbuka Puasa DPPKJ di Muassasah Darul Syariff. Agenda utama : -Berbuka puasa -sumbangan aidilfitri kepada guru-guru Pasti dan suami -sumbangan aidilfiti kepada pengurus-pengurus Pasti -sumbangan aidilfitri kepada ahli pemuda Jempol yang baru berjinak dengan perjuangan. semua dijemput hadir. Tetamu YB Mohd Taufek, Ketua Pemuda DPPNS merangkap Adun Paroi. untuk sumbangan sila hubungi : 0133395539 (Ustaz Fairuz)

Monday, September 22, 2008

Web & blog dikehendaki untuk iklan


Assalamualaikum...
Pengunjung yang hebat-hebat belaka...

Sebuah syarikat (Al Azhar Media) ingin mengiklan produk mereka (Kamus Moden Al-Miftah, Arab-Arab-Melayu-Inggeris) dalam mana-mana web atau blog. Sesiapa yang berminat sila hantar kotisyen harga ke alamat kamus_almiftah@yahoo.com dan sila layari http://www.kamus-almiftah.com/, Ia juga boleh menambah pendapatan kepada laman web atau blog anda!! Anda juga boleh menjadi agent jualan, keuntungan sehingga 40%.




Fwd: Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat

Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat

No Komen.. YB Husam Takde ke?

Hak Asasi Manusia Dalam Islam. siri 1

Dalam kita membicarakan prinsip-prinsip dan keistimewaan agama Islam, kita perlu merujuk kepada ulama' semasa yang masyhur, beliau ialah Abu A'la Al-Maududi yang menulis sebuah buku yang bertajuk : " Kerajaan Islam ". Beliau telah berusaha menceduk seberapa banyak hukum Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan yang jelas bagi merintis dan melindungi hak-hak manusia di dalam Islam. Antara kesimpulan yang didapati daripada buku tersebut ialah :

1. Kemuliaan hidup bagi setiap individu dan haknya dalam kehidupan.
Firman Allah S.W.T  :
وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ
Maksudnya : "…Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak)…"  (Al An'am:151)
Firman Allah S.W.T :
مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا
وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا

2. Hak orang yang lemah untuk mendapat keamanan.
Rasulullah SAW telah mengharamkan membunuh kanak-kanak, wanita, orang-orang tua, orang-orang sakit, yang luka, para petani, para penanam dan ahli-ahli agama dalam peperangan.

3. Hak dalam perlindungan ekonomi.
Firman Allah S.W.T :
وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا
Maksudnya : "Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan."
( Al Insan: 8)

4. Keadilan dan ketelusan.
Firman Allah S.W.T :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ
عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." ( Al Maidah :8)

5. Kerjasama yang baik.
Firman Allah S.W.T :
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ
Maksudnya : "…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah…"  (Al Maidah: 2)

6. Hak persama-rataan.
Firman Allah S.W.T :
يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
Maksudnya : "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu…"(Al Hujurat : 13)

7. Hak untuk menjauhkan diri daripada kemungkaran.
 (Iaitu hak untuk tidak dipaksa melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh syara' atau undang-undang). Rasulullah S.A.W. bersabda;
لا طاعة لمخلوق فى معصية الخالق
Ertinya : " Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara kemaksiatan terhadap Pencipta".
Firman Allah S.W.T ketika menerima doa Nabi Ibrahim :
وَإِذْ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا
قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ
Maksudnya :   " Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim."
( Al Baqarah : 124)

8. Hak untuk berpolitik
Firman Allah S.W.T :
وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ
Maksudnya : "...dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan mereka itu…"  (Ali Imran: 159)

Arahan ini datang daripada Maha Pencipta terhadap pemerintah agar mengambil kira pendapat rakyat di dalam urusan kehidupan mereka. Mereka juga tidak boleh memaksa rakyat di atas perkara yang mereka dibenci. Firman Allah S.W.T. :
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم
فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ
Maksudnya : " Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu ( wahai umat Muhammad ) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka…  ( An Nur : 55)

9. Perlindungan bagi harta benda
Firman Allah S.W.T :
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ
لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : " Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)".   (Al Baqarah: 188)

10. Melindungi kemuliaan manusia
Firman Allah S.W.T :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِقمَانِ
Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan eerefdah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman…".   ( Al Hujurat : 11)

Firman Allah S.W.T :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنْ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا
Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyang-ka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain…   ( Al Hujurat : 12)

11. Melindungi kehidupan peribadi.
Firman Allah S.W.T :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ(27)فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فِيهَا أَحَدًا فَلَا تَدْخُلُوهَا حَتَّى يُؤْذَنَ لَكُمْ وَإِنْ قِيلَ لَكُمْ ارْجِعُوا فَارْجِعُوا هُوَ أَزْكَى لَكُمْ
Maksudnya: " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu). Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu..."  ( An Nur : 27,28)

12. Kebebasan berhimpun, memberi pendapat dan menolak kezaliman.
Firman Allah S.W.T :
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنْكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ
Maksudnya : " Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembang-kan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya".
 ( Ali Imran : 104)

13. Kebebasan berakidah dan beragama.
Firman Allah S.W.T :
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنْ الغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ
فَقَدْ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : " Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kese-satan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".   ( Al Baqarah : 256)

Firman Allah S.W.T :
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَى آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
Maksudnya : " Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menang-gung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini". ( Al Kahfi: 6)

14. Tiada hukuman kecuali setelah sabit bersalah.
Firman Allah S.W.T :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنْ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang3 dan jafganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani". ( Al Hujurat : 12)

15. Kebebasan individu dan bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya
Firman Allah S.W.T :
مَنْ اهْتَدَى فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى
Maksudnya : "Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)…" ( Al Isra': 15)

16. Sesuatu perbuatan tidak dianggap jenayah kecuali adanya nas yang jelas dalam undang-undang yang menyatakan ianya adalah jenayah.
Firman Allah S.W.T :
وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا
Maksudnya : "…Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). "
( Al Isra': 15)

Saturday, September 20, 2008

Program Terkini

20 Ramadhan 1429
- 4.00 pm : Sumbangan Hari Raya oleh Ketua Pemuda Negeri YB Mohd Taufek di MTD Chembong
- 7.00 pm : Majlis Berbuka Puasa Unit Amal Negeri, di kedai makan bawah Tibyan, Seremban Selatan
- 7.00 pm : Majlis Berbuka Puasa dan Qiamullail PAS Kaw Jempol, di Muasassah Darul Syariff Batu Kikir
 
21 Ramadhan 1429
- 10.00 am : Kembara Amal DMPP di Dun Paroi, bersama Ustzh Nuridah (Ketua DMPP)
- 7.00 pm : Ziarah DPPNS dan Majlis Berbuka Puasa Pemuda Kawasan Seremban, di Pasti Islamiah, Desa Beringin
- 7.00 pm : Ziarah DPPKJ, Sumbangan Ramadhan & Majlis Berbuka Puasa Usrah Pemuda Serting, di rumah Nadir Nazri

Pastikan PAS terus bergerak ikut landasan Islam

Kerana sayangkan PAS, satu-satunya gerakan Islam dalam negara yang berjuang mengikut lunas demokrasi bagi memartabatkan Islam di tanah air ini, maka kita akan lakukan apa sahaja untuk memastikan yang PAS ini terus bergerak mengikut landasan Islam yang telah diwarisi sejak dari zaman junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Iklan
 
 
   

Kerana kita gerakan Islam, berjuang atas nama Islam dan Islam itu milik Allah, maka segala detail dan sudut gerak laku dan tindak kerja kita perlulah sentiasa menepati dan selari dengan apa yang telah digariskan oleh Allah dan RasulNya. Panduan tertinggi kita sudah pasti hanyalah al-Quran dan Sunnah selain ijmak dan qias.

Itulah yang membezakan gerakan Islam dengan mana-mana gerakan, organisasi, badan atau parti lain. Dan kita memilih untuk terus berada dalam PAS kerana kita yakin akan janji Allah dan RasulNya, kita sama ada menempuh kejayaan dalam hidup kita atau kita syahid berjuang atau generasi yang mendatang yang bakal menjulang kemenangan itu, apa pun Islam tetap berjaya selagi degupan jantung perjuangan ini terus berdegup, nafas perjuangan ini terus berhembus, yang penting adalah redha Allah SWT.

Hari ini kita merupakan antara parti yang memiliki kekuatan keahlian yang terbesar, dengan cawangan di merata pelosok tanah air, dan pimpinan yang berbagai kelayakan, pengalaman dan latar belakang.

Ia merupakan peningkatan berlipat kali ganda berbanding dengan PAS sewaktu awal penubuhannya dahulu. Hari ini kita merupakan parti di luar BN (saya tidak mahu sebut pembangkang) yang memiliki kerusi Parlimen dan Dun yang terbanyak yakni 107 kerusi. Iaitu 23 parlimen dan 84 Dun (termasuk Dun Sanglang yang terbaru).

Lantas kita sedar bahawa ini merupakan anugerah Allah SWT kepada kita yang perlu dipikul dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Apapun, asas dan prinsip kita tidak sekali-kali akan berubah, kita akan kekal mendaulatkan Islam sama ada dalam keadaan kita tinggal 1 kerusi parlimen dan beberapa kerat kerusi Dun atau kini dengan 107 kerusi.

Oleh itu apabila ada pemimpin yang mengeluarkan kenyataan memperingatkan kita darihal asas dan prinsip asal perjuangan kita, sepatutnya kita terima dan sama-sama akur. Biar kita beringat diwaktu senang jangan sebaliknya.

Semua kita bertanggungjawab memastikan kita tidak tergelincir apalagi berundur atas landasan yang telah ditetapkan, dan siapakah lagi yang terlebih berat tanggungjawabnya jika tidak pimpinan tertinggi.

PAS kita yakin akan terus teguh dan kukuh. Apa sahaja perbezaan pandangan di kalangan kita perlu kembali kepada panduan tertinggi kita. Perbezaan itu tidak wajar dibawa sehingga memecah-belahkan jemaah, kerana ini gerakan Islam, tiada siapa di antara kita yang mahu terlibat dan dipersalahkan dalam memecahkan kesatuan Islam yang telah sama-sama kita bentuk dengan darah dan air mata ini.

Sama-samalah kita bekerja untuk Islam, kita pertahankannya dan dalam waktu yang sama kita berkawan dan bertahaluf dengan sesiapa sahaja yang menghormati dan memahami dasar dan prinsip perjuangan kita itu.

Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS _

Friday, September 19, 2008

916 : Apakah Plan C Anwar Ibrahim???

" Setelah mengumumkan tarikh 16 September 2008 sebagai satu tarikh perubahan ke arah Malaysia baru melalui pengalihan kuasa kerajaan Persekutuan daripada tangan UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat tidak berjaya, namun Pasca Tragedi 916 ini masih berterusan dengan pelbagai stratagi yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin dalam jemaah Pakatan Rakyat.

Sekiranya diimbas kembali Pasca Tragedi 916 ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memulakan 2 strategi yang pertama iaitu :- 

1) PLAN A - Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Tuan Guru Haji Hadi Awang dan juga Lim Kit Siang telah menandatangani satu surat bagi tujuan berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai 3 penahanan ISA yang dilakukan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dan juga mengenai situasi politik semasa di Malaysia, namun desakan Anwar ini mentah-mentah ditolak oleh Abdullah dan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman secara umum siapakan gerangan ahli-ahli parlimen yang telah melompat daripada BN kepada Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim juga tidak menerima desakan Abdullah itu kerana ianya bertentangan dalam prinsip perjanjian bersama dengan mereka yang ingin melompat melainkan menunjukkan secara peribadi kepada Abdullah.


2) PLAN B - Pada 17 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam sidang medianya mengemukakan 4 syarat kepada Abdullah iaitu:- 

   i) Kerajaan BN memberi jaminan tidak akan menghindar atau menghalang Ahli Parlimennya untuk bertindak bebas mengikut hak Perlembagaan dan kesedaran masing-masing; 
  ii) Kerajaan BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat atau mana-mana 82 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sedia ada;
iii) Kerajaan BN tidak akan mengisytiharkan darurat atau menggunakan kuasa polis atau menggantung Perlembagaan atau membubarkan Parlimen sebagai maklum balas terhadap hasrat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru; dan 
 iv) Kerajaan BN tidak akan melakukan sekatan jalan raya bagi menghalang Ahli Parlimen memasuki Parlimen atau institusi kerajaan lain. 

Dalam PLAN B inilah, Anwar mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan sidang Parlimen tergempar bagi tujuan usu 'undi tidak percaya kepada Abdullah sebagai PM' pada sidang media yang dilakukan pada 18 September 2008, jam 2 petang. Namun, Abdullah tanpa segan silu menolak permohonan tersebut pada hujung petang di hari yang sama dan sememangnya Abdullah perlu takut dengan Sidang Parlimen tergempar ini kerana beliau akan digulingkan sama sekali dan seterusnya kerajaan UMNO/BN akan hilang kuasa secara automatik setelah usul itu menyokong perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Pakatan Rakyat menjadi Perdana Menteri. 

3) PLAN C - Mungkin hari ini, 19 September 2008, Datuk Seri Anwar masih mempunyai perancangan dan strategi lanjutan kepada Pasca Tragedi 916 ini..... Sama-samalah kita nantikan dan tunggu, apa yang akan berlaku.... Namun, kerapuhan kedudukan UMNO/BN di dalam kerajaan persekutuan Malaysia semakin rapuh dan condong menyembah bumi!!!

Kesimpulannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat terus berstrategi dalam langkah untuk pengambil alihan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Abdullah Ahmad Badawi dengan strategi yang sama menolak segala desakan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dengan menggunakan kuasa 'veto'nya!!! Namun, langkah Abdullah itu ternyata tampak bijak untuk kedudukan beliau dan UMNO/BN bagi penerusan kekuasaan mereka.

- Anak Reformasi

http://anak-reformasi.blogspot.com/