
Tuesday, November 18, 2008
18 p3rk4r4 d4l4m h1dup
Sunday, November 16, 2008
Bolehkah guna kalendar kuda??
betul.. betul.. takde masalah besar pun... cuma tak terfikirkah kita.. judi tu... memanglah kita tak berjudi... tapi kita tolong support je... support iklankan...... takde apa-apa yang perlu dirisaukan.. camne hukumnya ek??
apa?? dah sinonim dengan kalendar tu.. payah nak tukar..
takpe.. takpe... jangan risau... jangan bimbang... jangan gabra... ni ha ada syarikat ni... dah mengislamkan kalendar tu.. Alhamdulillah.. syukur.. syukur.. comel, eksklusif dan murah lagi...
tak caya??? tengok ni...
PENGIKLANAN SETAHUN!!
SYARIKAT / KEDAI / ORGANISASI / MASJID / SURAU / SEKOLAH / PERSATUAN..!!
eksklusif.. menarik.. profesional..
memperkenalkan
KALENDAR ISLAMIK 2009
KeIsTiMeWaAn:~ Kalendar Hijri
~ Kalendar Masihi
~ Cuti Umum Tahunan
~ Cuti Sekolah
~ Waktu Solat (KL)
~ Kata-Kata Hikmah
~ Ayat-Ayat Cinta
~ Info Umum
~ Gambar Peninggalan Rasulullah SAW
~ Memo dll
over 'full colour' & design PERCUMA!!
kos penghantaran yang paling minima!!
minima tempahan saiz (Besar) = 150 sahaja
minima tempahan saiz (Kecil) = 200 sahaja
Harga bermula serendah RM 1.45 sahaja
www.kalendar-islamik09.blogspot.com
www.kamus-almiftah.com
Wednesday, November 5, 2008
Jangan bakar jambatan persahabatan dalam jamaah
Kepentingan "ukhuwwah" dalam jamaah sudah disepakati umum, khususnya para penggerak gerakan Islam. Teorinya memang sudah dipersetujui sebulak suara. Kalau ada yang menyangkalnya, maka ia terkeluar dari pandangan umum, bahkan terkeluar daripada ketetapan syara'. 2. Terpengaruh dengan Fitnah. Api kedua yang membakar jambatan persahabatan ialah fitnah. Seorang sahabat akan rela memutuskan persahabatannya kerana terpengaruh dengan fitnah yang mengaibkan sahabatnya. Kalau ia tahu menghargai "persahabatan" sudah tentu ia akan menjaga nama baik sahabatnya. Mencari kebenaran dan seterusnya dinasihati secara baik sahabatnya itu jika didapati tuduhan itu benar. Dipertahankan sahabatnya jika di dapati tuduhan itu tuduhan liar yang berniat jahat terhadap sahabatnya. Tapi jika awal-awal lagi persahabatan yang ia jalin itu dalam diam-diam terselit rasa irihati, dengki dan hasad terhadap sahabatnya, maka sudah tentu jika bertiup sedikit fitnah terhadap sahabatnya, maka segera akan disambar peluang itu dan diapi-apikan lagi fitnah sehingga marak. Paling tidak ia akan berdiam dir, dengan membiarkan sahabatnya terkial-kial mempertahankan diri dari jaringan fitnah yang menjerutnya. Usahkan diziarahi sahabatnya itu bahkan melarikan diri pada saat sahabat memerlukan sokongan dan perangsang.
3. Hasad. Api hasad antara api yang cepat membakar jambatan persahabatan. Orang yang hasad melihat kepentingan yang ingin dicapainya lebih utama daripada menjalin persahabatan. Kadang-kadang jika dijalin persahabatan pun kerana bertujuan mencapai sesuatu bagi mengatasi sahabatnya yang lain. Sahabat yang baru akan dipergunakan untuk menyaingi sahabat yang lain. Orang yang hasad hanya boleh bersahabat dengan orang yang lebih rendah daripadanya. Jika dilihat seseorang itu lebih tinggi dan maju daripadanya, lalu akan dibakarnya jambatan persahabatan.
4. Jahil. Jahil tentang erti persahabatan, juga antara penyebab jambatan persahabatan diruntuhkan. sedangkan persahabatan adalah rahmat ALlah, melapangkan kerja dakwah, menenangkan jiwa, pemberi semangat dikala lemah, pendorong dikala berduka dan sahabat adalah sebahagian dari hidup kita. Tanpa mereka siapalah kita. Tanpa mereka kita tidak akan sampai ketahap ini pada hari ini.
2. Ziarah. Tujuan ziarah ialah untuk menghangatkan persahabatan. Orang yang menghargai pertalian persahabatan akan meletakkan keutamaan kepada agenda ziarah. Jika ada peluang dan kelapangan pasti tidak akan disia-siakan untuk menziarahi sahabatnya. Apatah lagi jika ia tahu saat itu sahabatnya dalam kesusahan atau sangat mengharapkan pertolongan dan bantuannya. Persahabatan yang disusuli dengan ziarah akan lebih erat berbanding persahabatan yang berkisar sekadar pertemuan di masjlis-majlis ceramah dan kedai-kedai kopi. Taaruf akan lebih mesra dan manis jika diperkukuhkan dengan ziarah. Ziarah bukan sahaja mengeratkan antara dua orang sahabat, bahkan melibat keluarga masing-masing.
3. Selalu mendoakan sahabat. Jangan lupa, bahawa jalinan persahabatan adalah rahmat Allah. Bermohonlah kepadaNya untuk sentiasa memperolehi rahmat dan nikmat itu. Doakan kebaikan dunia dan akhirat untuk sahabat. Kerana kita tidak akan rasa nikmat bersahabat jika kita dalam keadaan gembira tetapi sahabat kita dalam kedukaan. Tetapi jika sahabat kita dalam kegembiraan, kita juga akan menompang gembira dan senang walaupun saat itu kita dalam kepayahan.
Apabila persahabatan dan ukhuwwah dapat dipereratkan dan jalinannya dapat dianyam dengan kemas dan indah, maka pastinya jamaah akan kelihatan indah dan sempurna. Sebaliknya jamaah akan kelihatan berserabut dan saling berantakan. Waktu itu tiadalah rahmat dan nikmat Allah swt.
Friday, October 31, 2008
Selamat Berjuang
2. Hafazan (L) : M Zulhusni b Radzi (Kuala Pilah)
3. Hafazan (P) : Aina Hafizatun Nur bt M Rafi (Jempol)
4. Bercerita(L): M Badrish Syah b Jamil (Rembau)'
5. Bercerita(P) : Siti Nabilah bt S Azizi (Port Dickson)
6. Sajak : Arif Azhad b A Kimon (Port Dickson)
7. Azan : M Ammar b Azizi (Jempol)
8. Pidato : Ummu Nadirah bt Norman (Jempol)
9. Qutbah : M Zulhusni b Radzi (Kuala Pilah)
Program Terkini!!
Thursday, October 30, 2008
IHTIFAL PASTI NEGERI SEMBILAN MERIAH

Majlis Ihtifal ini adalah merupakan medan untuk penuntut PASTI menampilkan bakat dan kebolehan dalam pelbagai bidang selain daripada pencapaian dalam akademik dan sukan. Kali ini diadakan pertandingan ujibakat dalam 7 kategori iaitu hafazan, kepetahan bercerita, berpidato, bersajak, nasyid, kebolehan berkhutbah dan azan subuh. Acara ini juga merupakan acara tahunan PASTI semua peringkat sebelum ke pertingkat negeri dan persekutuan.

Peserta Ihtifal kali ini terdiri daripada wakil-wakil dari kawasan-kawasan Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Telok Kemang, Rasah, Seremban dan Rembau. Semua peserta yang menjadi johan akan mewakili PASTI Negeri Sembilan ke Majlis Ihtifal PASTI Peringkat Kebangsaan di Alor Star, Kedah yang akan berlangsung selama dua hari dari 31 Oktober hingga 1 November 2008 yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato Ustaz Azizan Abd Razak.
Menurut Pengarah PASTI Negeri Sembilan , pada ketika ini di negeri ini telah ada 40 buah PASTI dan sedang dalam usaha untuk menubuhkan 5 buah PASTI lagi menjelang tahun 2009. Jumlah penuntut yang ada sekarang sudah melebihi 1,000 orang dan PASTI Negeri mensasarkan untuk meningkatkan bilangan penuntut sehingga 2,000 orang dalam tahun 2009 nanti, insyaAllah.
Seluruh kawasan di Negeri Sembilan sekarang telah mempunyai PASTI. Menurut Syazwan lagi, sistem pembelajaran PASTI sekarang telah diselaraskan seluruh negara di mana PASTI mempunyai korikulum seragam, peperiksaan serentak dan aktiviti kokurikulum yang seragam.
1. Nasyid : Kumpulan Nasyid PASTI Kuala Pilah
2. Hafazan (L) : M Zulhusni b Radzi (Kuala Pilah)
3. Hafazan (P) : Aina Hafizatun Nur bt M Rafi (Jempol)
4. Bercerita(L): M Badrish Syah b Jamil (Rembau)'
5. Bercerita(P) : Siti Nabilah bt S Azizi (Port Dickson)
6. Sajak : Arif Azhad b A Kimon (Port Dickson)
7. Azan : M Ammar b Azizi (Jempol)
8. Pidato : Ummu Nadirah bt Norman (Jempol)
9. Qutbah : M Zulhusni b Radzi (Kuala Pilah)
Monday, October 20, 2008
Selamat Hari Lahir...
Semoga perjuangan Tuan Guru terus berterusan dengan semangat yang membara dengan obor-obor perjuangan Islam yang berpandukan Al-Qur'an dan Al-Sunnah.
Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan bersyukur dikurniakan seorang pemimpin yang memandu kami ke arah jalan yang betul menuju redha dan rahmat Ilahi.. perjuanganmu akan terus kami mekarkan hingga akhirnya.. kami doakan Tuan Guru sentiasa sehat dalam mengharungi perjuangan ini..
Wajib dibaca dan dihayati..
1. Parti mesti menerajui kerajaan dan bukan sebaliknya. Perangkaan dasar, program, penubuhan jabatan dan institusi baru mestilah diputuskan oleh parti terlebih dahulu.
2. Bagi negeri-negeri yang memerintah, mestilah membuat kajian dan analisa secara professional dengan diterajui parti sebelum ianya direalisasikan.
3. Negeri pakatan rakyat yang dikuasai oleh pas hendaklah melantik pakar2 tertentu walaupun bukan dinegeri itu untuk membantu kerajaan negeri dalam tugas2 khas guna memberi input kepada kerajaan dan memberi khidmat nasihat dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan.
4. Mewujudkan Shariah Advisory di setiap negeri pakatan rakyat.
5. Perlu lebih giat dalam mengintai peluang melaksanakan islam dalam ruang lingkup yang ada di negeri-negeri yang PAS mentadbir atau menyertai kerajaan yang memerintah. Ini berdasarkan kaedah fiqh yang berbunyi: apa sahaja yang tidak dapat dilaksanakan kesemuanya, maka tidak boleh ditinggalkan kesemuanya.
6. Hubungan dengan sultan.
7. Hubungan negeri dengan negeri dan dengan pusat hendaklah dipelihara dengan baik dan diperkukuhkan
8. Mekanisme yang digunakan hendaklah menggunakapan peruntukan projek 2 di setiap daerah dengan diberikan grant atau surat jaminan.
9. Hudud tidak dilaksanakan kerana sekatan kerajaan federal. Tetapi tidak boleh ditinggal kesemua sekali. Yang boleh dibuat ialah kesalahan2 hudud yang dibicarakan dimahkamah2 negeri yang biasanya dihukum dengan wang atau denda hendaklah segera diubah dengan selain daripada wang kerana denda wang itu adalah As-suhtu dan as-suhtu adalah haram.
10. Isu arak: kilang yang masih beroperasi pada hari ini adalah lesen yang telah diluluskan oleh kerajaan UMNO dan BN terdahulu. Berdasarkan perjanjian dan penilaian siasah syariyyah, kerajaan pada hari ini tidak boleh menutup secara drastik kilang-kilang arak yang sedia ada sebelum tamat tempohnya. Tetapi apabila lesen yang sudah sedia ada telah tamat tempohnya, maka kerajaan Pakatan Rakyat tidak boleh membenarkan pembaharuan lesen tersebut atau melanjutkan tempoh lesen yang telah tamat.
11. Babi, berdasarkan siasah syariyyat dengan menggunakan maqasid di dalam muwazanat situasi yang ada, maka pemusatan pemeliharaan babi adalah lebih baik daripada dibiarkan pemelihannya berlaku tanpa kawalan.
12. Rumah ibadat golongan bukan islam adalah dibenarkan beroperasi di dalam negara islam. Hatta nabi saw pernah berpesan kepada tentera islam supaya jangan merobohkan rumah ibadat orang bukan islam. Oleh itu, pembinaan rumah ibadat bukan islam yang sedia boleh diteruskan dan pembinaan rumah ibadat yang baru perlu diteliti dan diselidiki dari sudut syarat keperluan secara tepat dan terperinci.
13. Hudud adalah salah satu dari syariat yang hendak dilaksanakan oleh pas. Untuk itu, kerajaan pas kelantan dan terengganu telahpun selesai membuat enakmen jenayah syariah di negeri masing-masing dan telah siap sedia untuk dilaksanakan akan tetapi dihalang oleh sistem undang2 malaysia yaaang meberika hhhak kepppada undang2 persekkutttan menguasai undang2 negeri, dimana yang bercannnggah dengan perlembagaan persekutuan tidak boleh dilaksanakan dinegeri. Tambahan pula UMNO BN sendiri yang menjadi penghalang dan pernah wakil mereka menyaman kerajaan PAS kerana hendak melaksanakan hudud.
CADANGAN:
1. Mempergiatkan dan memperbanyakkan program penerangan dan pemahaman tentang konsep siasah syariyyah daripada sumbernya yang tepat bagi kesemua jentera parti terutamanya mereka yang terlibat dengan pentadbiran negeri.
2. Mendokumentasikan siasah syariyyah dalam bentuk manual yang boleh dijadikan rujukan oleh pihak pemegang kuasa di negeri-negeri pakatan rakyat.
3. Merekodkan pengalaman siasah syariyyah terdahulu dalam konteks moden seperti pengalaman kelantan, terengganu, Turkey, Hamas Palesin, FIS algeria, Jamaat Islamiyyah Pakistan dan lain-lain.
4. Mendokumentasi semula situasi dan reality sebenar serta siasah syariyyah yang digunakan sewaktu penggabungan PAS dan UMNO pada tahun 70an supaya generasi yang kemudian dapat mengambil kesimpulan dan pengiktibaran dengan mengambil pengalaman dalam mengatur strategi dan membuat keputusan .
Saturday, October 18, 2008
'Tok Guru' berjiwa rakyat - Guan Eng
MARANG, 18 Okt (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui hubungan yang baik antara parti PAS dan DAP dalam kerjasama Pakatan Rakyat adalah akrab. Berikutan itu, katanya pemimpin DAP mengambil kesempatan berkunjung ke rumah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai tanda sebuah hubungan yang akrab. "Kita (DAP) ada hubungan yang akrab dalam Pakatan Rakyat ini dan saya juga mengambil kesempatan ini (berkunjung) bertemu 'Tok Guru' dan bukan sahaja berjumpa di Parlimen. "Saya ke sini (Terengganu) untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 dan langsung berkunjung ke rumah Dato' Seri Abdul Hadi,"ujarnya ketika ditemui di Rusila, Marang, kelmarin. Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP turut melahirkan rasa kagum dengan sifat kesederhanaan mantan Menteri Besar Terengganu menjalani kehidupannya. "Di sini kita (rakyat) boleh lihat 'Tok Guru' pernah jadi Menteri Besar sebuah negeri tetapi masih hidup dalam keadaan yang sederhana. "Saya rasa itu menunjukkan kepimpinan yang berjiwa rakyat dan hanya berkhidmat untuk rakyat,"jelasnya. - mks.Wednesday, October 15, 2008
Alkisah Cinta
Alkisah, di suatu pulau kecil tinggallah berbagai benda abstrak ada CINTA, kesedihan, kegembiraan, kekayaan, kecantikan dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu.
Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencoba mencari pertolongan. Sementara itu air semakin naik membasahi kakinya.
Tak lama CINTA melihat kekayaan sedang mengayuh perahu, "Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!," teriak CINTA "Aduh! Maaf, CINTA!," kata kekayaan "Aku tak dapat membawamu serta nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu kekayaan cepat-cepat pergi mengayuh perahunya. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya kegembiraan lewat dengan perahunya. "Kegembiraan! Tolong aku!," teriak CINTA. Namun kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tak dapat mendengar teriakan CINTA. Air semakin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.
Tak lama lewatlah kecantikan "Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!," teriak CINTA "Wah, CINTA kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu pergi. Nanti kau mengotori perahuku yang indah ini," sahut kecantikan. CINTA sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Saat itulah lewat kesedihan "Oh kesedihan, bawlah aku bersamamu!," kata CINTA. "Maaf CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja..," kata kesedihan sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa.
Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan cepat-cepat naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Di pulau terdekat, CINTA turun dan perahu itu langsung pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa yang menolongnya. CINTA segera bertanya pada penduduk pulau itu. "Yang tadi adalah WAKTU," kata penduduk itu "Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku? Aku tidak mengenalinya. Bahkan teman-temanku yang mengenalku pun enggan menolong" tanya CINTA heran "Sebab HANYA WAKTULAH YANG TAHU BERAPA NILAI SESUNGGUHNYA DARI CINTA ITU"
{dipetik dari http://jalansutera.com}
Saturday, October 11, 2008
pemudo umno nogori pun tak nak kek ekau
Setakat petang 11 syawal ni.. mengikut laporan malaysiakini.com, dua bahagian pemuda umno Jempol dan Jelebu telah mencalonkan YB Datuk Mukhriz sebagai dan YB Razali sebagai ketua pemuda umno dan YB Razali sebagai timbalannya. laporan malaysiakini.com mengatakan di Jempol , Mukhriz mendapat 168 undi manakala Khairy memperolehi enam undi sahaja. manakala di Jelebu, Mukhriz mendapat undi terbanyak, manakala Khairy mendapat empat undi manakala Dr Mohd Khir (8) camno khairy... oghang nogori pun tak nak kek ekau, apo dok tunggu laie... camno nak jadi perdana menteri termudo ni.. isk isk isk.. dengar-dengar dari jauh kok dapek pencalonan pun dari pemudo Rombau yo.. tu pun tak tau lagi.. pokok tompek bergantung dah nak tumbang.. ko samo yo ngan bapa mertua kesayangan.. jadi PM tapi nogori sendiri diperintah oghang lain.. tu yang copek tumbang tu.. isk isk isk.. ape-ape pun.. den nak tengok yo oghang nogori den bertanding ketuo pemudo umno.. bukan apo.. banggo apo!! kok kalah KO nanti lagi den banggo.. maap la yo... selamat aghi ghayo..
Pemudo umno nogori pun tak nak kek ekau..
Setakat petang 11 syawal ni.. mengikut laporan malaysiakini.com, dua bahagian pemuda umno Jempol dan Jelebu telah mencalonkan YB Datuk Mukhriz sebagai dan YB Razali sebagai ketua pemuda umno dan YB Razali sebagai timbalannya.
camno khairy... oghang nogori pun tak nak kek ekau, apo dok tunggu laie... camno nak jadi perdana menteri termudo ni.. isk isk isk
dengar-dengar dari jauh kok dapek pencalonan pun dari pemudo Rombau yo.. tu pun tak tau lagi..
pokok tompek bergantung dah nak tumbang.. ko samo yo ngan bapa mertua kesayangan.. jadi PM tapi nogori sendiri diperintah oghang lain.. tu yang copek tumbang tu.. isk isk isk
ape-ape pun.. den nak tengok yo oghang nogori den bertanding ketuo pemudo umno.. bukan apo.. banggo apo!! kok kalah KO nanti lagi den banggo..
maap la yo... selamat aghi ghayo..
Friday, October 10, 2008
Hebat.. Hebat..
Banyak betul blogger di Negeri Sembilan ni. Ada yang bawa isu politik, masyarakat, wanita, Islam dan sebagainya. Baguslah begitu. Semoga semua blogger ini dapat berblog dengan sihat untuk memajukan lagi masyarakat dan negeri ini. Barulah ada persaingan untuk menjadi yang terbaik. Kalau penat nak tengok setiap blog , pergi saja ke Blog PR N.Sembilan http://pakatanrakyatn9.blogspot.com , pada sebelah kolum kanan , ruang bawah akan dikemaskini secara otomatik setiap hari blog blog yang mempunyai isu terkini.
POLITIK N.SEMBILAN
PAS N.Sembilan http://pasnns.blogspot.com PAS Rembau http://rembau-hari-ini.blogspot.com PAS Johol http://joholhariini.blogspot.com PAS Jelebu http://pasjelebu.blogspot.com PAS Tampin http://pastampin.blogspot.com PKR N.Sembilan http://pkrn9.blogspot.com PKR Kuala Pilah http://gerbangkeadilankp.blogspot.com PR N.Sembilan http://pakatanrakyatn9.blogspot.com PR Juasseh http://jemapohku.blogspot.comYB Dato' Kamarul Baharin Abbas http://telokkemang.blogspot.com YB Hj Mohamad Taufek http://mohdtaufek.blogspot.com YB Hj Aminuddin http://aminuddinharun.blogspot.com YB Loke http://lokesiewfook.blogspot.com YB Khairy http://www.rembau.net Zulkelfy Mohamad Omar http://zulkeflyomar.blogspot.com CheguBard http://chegubard.blogspot.com Mohamad Rafie Ab Malek http://rafiemalek.blogspot.com Ali Maidin http://sokongpr.blogspot.com Dr Rosli Yaakop http://drrosliyaakop.blogspot.com Wan Nordin http://wannordinwanyaacob.blogspot.com
Norwani Ahmat http://nurmutiara.blogspot.com Anak Muda N.Sembilan http://amkns.blogspot.com Rozmal Malakan http://waghih.blogspot.com Saiful Bahari Jaaman http://orangklawang.blogspot.com Mohd Nazree Yunus http://minda-pemuda.blogspot.com Dharmala NS http://abdulmulukdaud.blogspot.com Ust Abd Halim http://inijalanku.wordpress.com Ampangan http://ampanganboulevard.blogspot.com Cikgu Din http://tuklong-ns.blogspot.com Dzull http://dzulhaqq.blogspot.com Hamedon http://hamedon-wadanislam.blogspot.com Atriza http://atriza.blogspot.com Maarof Kassim http://maarofkassim.blogspot.com Nisah Haron http://annyss.blogspot.comDr Thinagaraj http://dravidar.blogspot.com Biduanda Gadong http://biduanda-gadong.blogspot.com Kamal Affendi Hashim http://kamalfndhashim.blogspot.com At Tibyan http://at-tibyan.blogspot.com Zulfa http://2uzulfa.blogspot.com Tampin http://tpnns.blogspot.com Husaini http://sut07.blogspot.com Alumni Gadong http://ulugadong.blogspot.com Nisa Seremban http://nisaseremban.blogspot.com Pro Khairy http://www.prokhairy.com Pusat Khidmat Parlimen Rembau http://parrembau.blogspot.com "
Monday, October 6, 2008
Koleksi SMS sempena AidilFitri
Kok dilipek sebosa kuku, kok dibontang sebosa alam, kok hilang dicaghi, kok hanyut dipinteh, kok tonggolam disolam, kok datang bialah nampak muko, kok poie bialah nampak belakang, jauh diimbau dokek digamit, seuntai salam sejambak kato, dogup bicagho mengisik raso.. Hj Syukri KP Rembau
Kura-kura berjalan lambat, anak kera melompat-lompat, kad raya nak hantar takut tak sempat, cara sms pun dah kira selamat, di aidilfitri mulia, maaf dipinta andainya TERkasar bahasa TERsilap bicara TERmarah yang tak kena TERtanya tak tentu hala TERsasul yang tak sengaja TERpukul kat mana-mana TERpinjam harta benda TERmoody tak semena-mena TERumpat bila & macam-macam lagi TERsilap dan TERsalah.. adinda Ila
Cakap Anwar belum jadi, cakap Pak Lah tak pernah jadi, cakap Najib tak akan jadi, cakap penyimpan mohor besar aje tiap-tiap tahun jadi.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Along vcd
Kok dikelek sepanjang lalu, kok dijunjung setinggi gunung, kok ilang petako, kok tenggolam bencano, kok anyut merino, jauh wajib didokek, ilang wajib didapek, itulah kitab togheh adat, tak beghadat tanpo kitab.. cikgu Khairul Azidi
Salam diberi tika bersua, tangan dihulur bersusun jari, ramadhan kian melabuh senja, tibalah syawal dan aidilfitri.. kok hilang dicari, kok marah dimaafi, kok lupo diingati, kok bonci disayangi, tak jumpo mohon ampuni.. cikgu Bakri
Kok nan dipandang dah Nampak, kok nan ditunggu dah tibo, kok nan didonga dah nyato, kok nan dicari dah dapek, kok nan disuluh dah toghang, kok nan tolopeh dimulut biarkan yolah, kok nan teraso kek hati lantaklah (sobab den tak nampak).. omar
Bangun pagi mandi di perigi, dalam perigi ada ikan, bulan ramadhan telah poie, salah silap harap maafkan.. Kullu sanah wa antum tayyib.. ustaz Fuad Jompol
Didoakan agar Allah sentiasa merahmati dan memberkati penerima sms ini dan keluarga sepanjang masa, justeru itu ingatlah.. dalam kerendahan hati ada keluhuran budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata, hidup ini indah jika ada kemaafan di antara sesama kita.. Nazri Su Unit Amal Nogori
Kuatnya angin si rebut taufan, habis berterbangan si rumah sazlan, salam kuhulur pohon kemaafan, semoga ukhuwwah kita berkekalan, jangan lupe duit raya.. saida (kenalan)
Salam syawal, zaujah ana baru selamat melahirkan seorang puteri 1 syawal.. Ust Hadi (Terengganu)
0E00M00 000i 00Y0 0iDi00i00i, M000 Z0Hi0 B00i0.. ust Halim (kenalan)
Salam aidilfitri pembuka bicara, puasa ramadhan Allah terima, salah silap harap maaf jua dipinta, di satu syawal hari yang mulia.. Zakaria serting
Menyusuri lebaran nan mulie, ribuan kemaafan hamba pinte, andai ada terkasar bahase, atau apa sahaja yang menguris jiwe, sepanjang kita pernah bersame, walaupun hanya untuk seketike, semoge tautan ukhuwwah kita kekal selamanye, dibawah naungan rahmat yang Esa.. Nuar & Hidayah
Bila takbir mula bergema, tandanya tiba hari lebaran, tangan dihulur maaf dipinta, semoga ukhuwwah kita berkekalan, mata kadang tersalah pandang, telinga kadang tersalah dengar, mulut kadang tersalah duga, maafkan silap yang pasti ada.. amir syazwan
Anak pak dolah makan lopek, makan lopek sambil melompek, nak hantar kad rayo dah tak sompek, pakai sms lagi copek.. insan misteri
Sunday, September 28, 2008
SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL FiTrI

Dewan Pemuda PAS Kawasan Jempol, dengan penuh Takzim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh umat Islam di serata dunia. Tahniah dan semoga berjaya.. Tak lupa ucapan ini khas ditujukan kepada Perhubungan PAS Negeri, Dewan Ulama' Negeri, Dewan Muslimat Negeri, Dewan Pemuda Negeri, PAS kawasan-kawasan, teristimewa buat pimpinan PAS kawasan Jempol yang tak jemu-jemu melayani karenah kami.. dan juga tak lupa kepada pimpinan PKR dan DAP.. terima kasih kerana terus mempercayai kami.. Ampun dan maaf atas segalanya... 0-0 yo!!
nak jomput semuo eh ni k0 :
Majlis Eidul Fitri Pemuda PAS Kawasan Jempol
Tarikh : 11 Oktober 2008 / 11 Syawal 1429
Hari / Masa : Sabtu (11 am -1.00 pm)
Tempat : Muassasah Darul Syariff, Batu Kikir.



